Close

Samsung dilaporkan akan menghasilkan kembali CPU sendiri dengan bantuan bekas jurutera AMD dan Apple

 

Pada tahun 2016 sehingga 2019 Samsung pernah menghasilkan CPU sendiri dengan menggunakan teras Mongoose namun teras tersebut tidak dapat menanding ARM. Selepas itu Samsung bertindak menghentikannya dan mula mengunakan teras Cortex-X1. 

Terdapat maklumat baru yang mengatakan Samsung bakal menghasilkan kembali cip mereka sendiri kerana tidak berpuas hati dengan teras Cortex-X1.


Laporan baru mendakwa Samsung akan menggunakan khidmat bekas jurutera AMD dan Apple yang merupakan individu penting dalam mengembangkan cip khas Apple. Jurutera tersebut akan mempunyai kawalan penuh pada pasukan dan juga boleh memilih pekerja yang ingin dibawa bersama pasukan.

Buat ketika ini Samsung sudah bekerjasama dengan Google membangunkan cip dengan nama Whitechapel yang akan digunakan pada siri Goolge Pixel 6. Samsung turut merancang untuk menggunakan cip tersuai AMD untuk membawakan GPU RDNA2 pada Exynos.

Jika perkara ini benar berlaku, ia amat menarik untuk melihat sejauh mana kemampuan cip baru dari Samsung dan adakah ia mampu menandingi atau menewaskan Apple yang merupakan pendahulu ketika ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN