Close

Semua varian iPhone 13 akan menggunakan sensor LiDAR – Versi Pro akan hadir dengan storan sehingga 1TB

Penganalisa Wedbush Daniel Ives hari ini memberikan perincian baharu mengenai generasi baru Apple iPhone 13. Perincian baru ini dikatakan sepadan dengan maklumat yang telah tertiris sebelum ini.

Menurut Ives, kesemua model iPhone 13 akan mempunyai sokongan sensor LiDAR termasuklah pada model bukan Pro. Buat masa ini penggunaan sensor LiDAR adalah terhad menfokuskan kepada fotografi pada keadaan kurang cahaya dan  Argumented realtity.

Dengan penggunaan sensor LiDAR yang lebih meluas pada siri iPhone 13 ia menandakan perkembangan yang baik dan berkemungkinan Apple bakal memperkenalkan lebih banyak ciri dengan pelancaran siri iPhone 13.

Namun penganalisis Ming-Chi Kuo mempunyai pendapat yang berbeza,  ia mengatakan yang sensor LiDAR akan tersedia kepada barisan iPhone 13 yang premium sahaja.

Selain itu, Ives juga menyatakan yang siri iPhone 13 untuk versi Pro bakal menawarkan pilihan storan sehingga 1TB. Pakar tiris Apple iaitu Jon Prosser sebelum ini turut menjangkakan perkara yang sama. Dengan pilihan storan sehingga 1TB ia menjadikan siri iPhone 13 sebaris dengan iPad Pro yang menawarkan pilihan storan 1TB dan 2TB.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN