Close

Siri Honor 50 berjaya dijual dengan nilai RM319 juta hanya dalam satu minit sahaja

Penjualan rasmI siri Honor 50 dan 50 Pro melakar sejarah baru buat Honor selepas kembali semula ke arena telefon pintar. Yang mana Honor mengumumkan bahawa mereka berjaya menjual siri Honor 50 pada nilai RM319 Juta hanya dalam satu minit.

Buat masa ini, siri Honor 50 hanya tersedia untuk pasaran China sahaja. Namun Honor tetap mempunyai perancangan untuk membawa siri Honor 50 ke pasaran Eropah. Untuk pengetahuan, siri Honor 50 kini boleh menjalankan Google Mobile Services seperti yang telah disahkan syarikat itu.

Siri Honor telah pun dilancarkan pada minggu lalu dengan reka bentuk yang di inspirasi dari Huawei siri P50 yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Honor 50 dan 50 Pro dikuasakan dengan cip Snapdragon 778G sementara Honor 50 SE pula dikuasakan dengan cip MediaTeka Dimensity 900.

Honor 50 Pro membawakan skrin AMOLED melengkung 6,72 inci dengan paparan 120Hz dan Full HD +, sementara Honor 50 pula hadir dengan spesifikasi skrin  yang sama tetapi dengan saiz yang berbeza iaitu 6.57 inci.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN