Close

Siri iPhone 13 akan menggunakan kapasiti bateri yang lebih besar berbanding siri iPhone 12

Lagi maklumat baru mengenai siri iPhone 13 tertiris. Ia adalah satu khabar gembira buat peminat iPhone yang mana siri iPhone 13 akan membawakan kapasiti bateri yang lebih besar berbanding pada siri iPhone 12.

Maklumat yang dikongsi oleh Digital Chat Station, memperlihatkan peningkatan kapasiti bateri kepada semua model iPhone 13. 

Gambar : Digital Chat Station

iPhone Pro 13 Max akan hadir dengan kapasiti bateri 4352mAh, untuk iPhone 13 dan iPhone 13 Pro pula akan menggunakan kapasiti bateri yang sama iaitu 3095mAh, dan pada iPhone 13 mini pula ia menggunakan bateri 2406mAh.

Pada siri iPhone 12 sebelum ini kapasiti bateri paling besar adalah 3687mAh untuk model Pro Max dan paling kecil adalah pada iPhone 12 mini iaitu 2227mAh.

Dengan kapasiti bateri yang lebih besar pada iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max ia menguatkan lagi yang kedua-dua model tersebut akan hadir dengan ProMotion 120Hz. Penganalisis Ming-Chi Kuo sebelum ini turut menyatakan yang Apple akan menggunakan teknologi ProMotion pada model premium mereka.

Sebelum ini telah tertiris yang iPhone 2021 akan hadir dengan reka bentuk yang lebih tebal disebab oleh kapasiti bateri yang dipertingkatkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN