Close

Siri iPhone 13 mungkin hadir dengan pilihan warna Oren atau Gangsa

Gambar : IAN

Sejak dua menjak ini desas desus mengenai generasi baru iPhone semakin hangat diperkatakan. Sebelum ini telah tertiris beberapa maklumat mengenai siri iPhone 13 seperti kapasiti bateri lebih besar dan semua varian akan hadir dengan sensor LiDAR.

Render imej terbaru siri iPhone 13 dari @Ian Zelbo tampil berbeza dari render imej yang dikongsikan oleh Jon Prosser. Memperlihatkan siri iPhone 13 akan menggunakan reka bentuk kamera yang sama dengan takuk yang lebih kecil seperti maklumat sebelum ini. 

Gambar : IAN

Tetapi apa yang mencuri tumpuan mengenai render tersebut adalah siri iPhone 13 akan mempunyai pilihan warna Oren / Gangsa.

Gambar: IAN.

Seperti pada siri iPhone 12, siri iPhone 13 juga akan hadir dengan empat varian. Dari segi luaran, tidak banyak perubahan yang dilakukan oleh Apple dan itu dianggap sebagai tradisi. Mengekalkan rekaan yang sama bagi model setahun kemudian dan rekaan baru selepas itu.

Gambar: IAN.

Buat masa ini Apple belum lagi memberikan sebarang maklumat mengenai hari pelancaran siri iPhone 13. Tetapi beberapa maklumat awal mengatakan yang siri iPhone 13 bakal tiba pada bulan September ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN