Close

Sony WF-1000XM4 akan dilancarkan pada 8 Jun ini

Tarikh pelancaran bagi Sony WF-1000XM4 telah diumumkan iaitu pada 8 Jun ini. Acara pelancaran itu akan dibuat secara dalam talian  melalui saluran rasmi YouTube Sony.



Sony WF-1000XM4 akan dikuasakan dengan cip Sony V1 yang merupakan cip terbaru dengan peningkatan dari segi active noise cancelation dan voice pick up. Sony WF-1000XM4 akan menampilkan reka bentuk in-ear yang lebih ringkas dan kotak pengecasan yang lebih kecil.



Untuk ketahanan bateri, Sony mengatakan ia boleh bertahan sehingga 8 jam ketika digunakan.  Menggunakan pengecasan jenis USB-C dan turut menyokong pengecasan tanpa wayar Qi. Ia juga turut menyokong sokongan audio LDAC dan Hi-Res serta sony 360 realiti audio.


Harga jualan WF-1000XM4 dianggarkan sekitar $340 (RM1,401) sedikit mahal berbanding WF-1000XM3 yang dijual pada $305 (RM1,257)  ketika ia dilancarkan. Untuk pasaran Malaysia, harga jualan rasminya mungkin tidak lebih RM1,000. Apa pun, sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN