Close

Sony WF-1000XM4 kini rasmi di Malaysia – Rekaan 40% lebih kecil dengan ANC pada harga RM1,099

Sony mengumumkan  Earbud tanpa wayar baru iaitu Sony WF-1000XM4 bagi menggantikan model sebelumnya. Sebelum ini desas-desus dan spekulasi mengenainya tersebar di arena web termasuklah video promosi yang tertiris.

Bercakap mengenai spesifikasi Sony WF-1000XM4, ia dijana dengan cip terbaru yang dipanggil Sony Integrated Processor V1. Yang membawa peningkatan prestasi ANC dan teknologi SoC (Sytem on Chip) Bluetooh untuk membatalkan kebisingan. Sony sememangnya terkenal dengan pembatalan bunyi aktif yang hebat dan ia membawakan Sony ke tahap yang lebih tinggi.

Earbud terbaru ini juga mempunyai mikrofon dengan sensor kebisingan berganda yang berfungsi bersama pembatalan bunyi. Setiap Earbud mempunyai satu mic feed-forward dan satu mic feed-back, yang memungkinkan WF-1000XM4 menganalisis bunyi ambien dan meningatkan lagi pembatalan bunyi.

Menggunakan driver 6mm baru yang direka bentuk semula sendiri dengan peningkatan sehingga 20% magnet yang meningkatkan prestasi frekuensi rendah. Sekaligus dapta meningkatkan pembatalan bunyi dengan menghasilkan isyarat pembatalan dengan ketetapan tinggi pada julat frekuensi rendah.


WF-100MX4 turut menggunakan polyurethane foam baru agar lebih sesuai dengan saluran telinga, mengurangkan bunyi dan merupakan penebat yang baik. Selain itu, dengan menggunakan aplikasi Sony Headphone Connect pengguna boleh mengukur bentuk telinga bagi mendapatkan ukuran yang sesuai.

Ciri lain yang turut hadir bersama WF-1000XM4 adalah seperti menyokong resolusi tinggi tanpa wayar melalui LDAC, DSEE Extreme serta teknologi peningkatan audio. Speak-to-Chat dan Quick Attention juga tersedia pada Sony WF-1000XM4. Pengguna juga boleh menetapkan profil berdasarkan apa yang sedang dilakukan seperti berjalan, bersenam atau di kafe.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Sony WF-1000XM4 ini, pra tempah telah dibuka bermula hari ini sehingga 15 Julai dengan harga jualan RM1,099.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN