Close

Teknologi grafik AMD RDNA 2 akan digunakan pada cip Samsung Exynos yang dijangka bermula akhir tahun ini

 

Sewaktu pengumuman mengenai siri GPU Radeon RX 6009M di Computex 2021, ketua pegawai eksekutif AMD iaitu Dr.Lisa Su turut bercakap ,mengenai seni bina grafik AMD RDNA 2 yang akan dibawa pada cip Exynos pada akhir tahun ini.

Dengan pengumuman yang dibuat, RDNA 2 bakal membuat penampilan pertama pada cip mudah alih yang mana ia merupakan grafik khusus RDNA 2 AMD yang membolehkan penggunaan ray-tracing dan variable rate shading pada cip Exynos.

Exynos 2200 dijangka akan menjadi cip pertama yang akan dijana dengan kemampuan grafik RDN 2 AMD yang dijadualkan akan mula digunakan pada notebook dan tablet pada akhir tahun ini. Dan mungkin kita akan melihat cip tersebut akan diguna pada telefon pintar Samsung.

Cip Exynos 2200 Samsung dengan grafik AMD juga dikatakan akan menyaingi cip M1 dari Apple yang kini turut ditawarkan pada iPad Pro baru-baru ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN