Close

TM menawarkan pakej internet Broadband Lite dengan harga RM38 sebulan – Kelajuan 1Mbps dan had kuota 1GB

Pada zaman yang memerlukan kelajuan internet, TM telah perkenalkan pakej internet yang dilihat seakan tidak masuk akal untuk dilanggan pada tahun ini iaitu pakej internet Broadband Lite yang pernah diperkenalkan beberapa tahun lalu.

Pakej ini telah dikemaskini semula di laman unifi Community yang menawarkan Broadband Lite dengan bulanan berharga RM38, kelajuan muat turun had pada 1Mbps, muat naik had pada 384Kbps dan had kuota internet hanya pada 1GB sahaja. 


Menurut TM, jika kuota internet sudah habis, kelajuan akan bertukar dari 1Mbps ke 128Kbps dan akan dikemaskini semula pada awal bulan seterusnya. Bukan itu sahaja, pelanggan juga kan mendapat router percuma dan kontrak selama 12 bulan untuk pakej ini.

Tambahan lagi, pihak TM memberi alasan bahawa pakej ini tidak sesuai buat pengguna yang kerap guna internet, tapi tertumpu pada pengguna biasa.

Persoalannya, adakah kelajuan dan kuota internet yang ditawarkan sebegitu benar-benar boleh digunakan dengan baik oleh pengguna biasa? Teknologi semakin kehadapan, kelajuan dan kuota internet juga perlu selari dengan keperluan masa kini. Harapnya pihak TM boleh tawarkan pakej lebih baik daripada ini untuk manfaat pelanggan mereka sendiri.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN