Close

WhatsApp akan memberi sokongan terhadap penggunaan 4 peranti serentak

WhatsApp adalah aplikasi wajib untuk pengguna telefon pintar di Malaysia yang hanya boleh digunakan pada satu peranti sahaja pada satu masa. Jika ia digunakan pada peranti lain, salah satunya akan terkeluar sendiri. 

Namun dalam laporan terbaru, WhatsApp dilaporkan akan memberi sokongan terhadap 4 peranti serentak. Dengan ciri ini, anda boleh menggunakan WhatsApp pada mana-mana peranti tanpa terkeluar dan tanpa memerlukan internet pada peranti utama.

Bermakna, anda boleh gunakan akaun WhatsApp yang sama pada mana-mana peranti dengan mudah. Beta umum juga dikatakan akan dilepaskan dalam masa 2 bulan lagi. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN