Close

YTL memberi kenyataan berhubung isu fon meletup – Berpunca dari bateri dan alat pengecasan pihak ketiga



Beberapa hari yang lalu, telah kecoh mengenai dakwaan peranti meletup yang dikeluarkan oleh syarikat telekomunikasi YTL Communication (YTLC).

Terdapat dua laporan berasingan mengenai kejadian peranti meletup yang melibatkan model yang sama iaitu YES Altitude 3. Peranti yang diberikan untuk tujuan pembelajaran dari rumah (PdPR) dikatakan meletup akibat bateri menggelembung manakala sebuah lagi meletup ketika sedang dicas.


Berikutan laporan itu, pihak YTLC telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya insiden tersebut. YTLC menegaskan yang peranti dikeluarkan adalah mengikut piawaian antarabangsa dan selamat untuk digunakan.


Melalui siasatan yang dibuat, bagi insiden pertama YTLC mendapati masalah tersebut terhad kepada bateri sahaja dan tidak menjejaskan komponen lain. Jika digantikan dengan bateri baru, peranti boleh digunakan seperti biasa.

Untuk insiden kedua, meletup ketika dicas. YTLC mendapati pengguna telah menggunakan pengecas dan kabel pihak ketiga yang tidak berada dalam keadaan yang baik.

Oleh yang demikian, YTLC menyeru pengguna untuk menggunakan pengecasan dan kabel yang diperakui oleh SIRIM sahaja untuk mengelakkan insiden sebegini berulang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN