Close

Laman KitaJaga memudahkan golongan yang memerlukan bantuan

Melalui inisiatif rakyat atau sebagai satu tanda keprihatinan, muncul gerakkan  bagi membantu mereka yang  hilang punca pendapatan atau golongan yang memerlukan bantuan di saat sukar ketika ini.

Bermula dari #BenderPutih yang membanjiri laman media sosial tempatan, telah wujudnya banyak bank makanan yang menyediakan bantuan dalam bentuk makanan dan sebagainya.
Bagi memudahkan perkara berkenaan, satu aplikasi berasaskan web yang di beri nama KitaJaga telah dibangunkan oleh Terato Tech. 
Dengan aplikasi KitaJaga, pengguna boleh mengetahui lokasi dimana terdapatnya bantuan tanpa perlu log masuk dilakukan.
Pengguna juga boleh menambah lokasi bantuan dengan menandakan lokasi dan memberikan maklumat terperinci mengenai jenis bantuan serta nombor telefon untuk dihubungi. Selain itu, pengguna juga boleh menambah notifikasi sekiranya memerlukan bantuan.
Jika anda ingin memberikan sebarang bentuk bantuan atau memerlukan bantuan anda boleh melawati KitaJaga

ARTIKEL BERKAITAN