Close

Apple dan Intel bakal jadi yang pertama hadir dengan cip 3nm

Menurut laporan, Apple dan Intel akan menjadi pengeluar pertama menggunakan teknologi 3nm TSMC. Dan Intel akan menjadi pelopor apabila membuat pesanan lebih banyak berbanding Apple.

Apple dikatakan akan memulakan penggunaan 3nm TSMC pada cip siri M dan bukannya pada Apple Bionic A16 yang akan dilancarkan pada tahun hadapan. Cip Bionic akan menggunakan teknologi binaan 4nm pada siri iPhone 14. Sementara iPad seterusnya akan menjadi yang pertama menggunakan 3nm.

4nm adalah versi 5nm yang lebih baik. Selain Apple, MediTek dan Qualcomm juga dilaporkan akan memggunakan 4nm pada peranti premium mereka seperti pada Dimensity 2000 dan Snapdragon 898.

 Ini memberi petunjuk bahawa generasi pertama cip 3nm tidak dapat memenuhi kehendak pengeluar cip telefon pintar dari segi kapasiti pengeluaran,  process indicators dan juga kestabilan.

Sebagai tambahan teknologi 3nm TSMC memberikan sebanyak 15% pada peningkatan prestasi berbanding generasi sebelumnya. Sementara pada tahap kecekapan ia memberikan peningkatan sehingga 30%. 3nm akan mula memasuki fasa pengeluaran secara besar-besaran pada akhir tahun 2022.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN