Cip Google Whitechapel mungkin hadir dengan GPU AMD RDNA2 - FUZZ.MY

Thursday, July 15, 2021

Cip Google Whitechapel mungkin hadir dengan GPU AMD RDNA2


Seperti yang kita tahu siri Google Pixel 6 akan menjadi telefon pintar pertama dari Google yang dilancarkan dengan cip pemprosesan mereka sendiri yang dinamakan Whitechapel.


Kod nama Whitechapel ditemui pada kod firmware Android Open Source Project (AOSP) dan cip tersebut merupakan kerjasama antara Google dan juga Samsung.


Terdapat beberapa maklumat baru mengatakan yang cip Whitechapel dijangka akan menggunakan GPU yang sama pada cip Exynos 2200 iaitu GPU AMD RDNA2. 


Kemungkinan Whitechapel akan menggunakan GPU AMD RDNA2 adalah sangat tinggi, memandangkan yang Whitechapel dibangunkan dengan kerjasama Samsung. Samsung juga tidak berselindung mengenai kerjasama mereka dalam cip mudah alih dengan AMD.


Keupayaan GPU AMD RDNA2 baru-baru ini diperlihatkan melalui ujian Wilde Life 3DMark dengan mendapat skor 8134 mata. Yang mana GPU AMD RDNA2 akan menawarkan pretasi grafik yang lebih intensif.  Skor yang diperolehi itu juga berjaya mengalahkan Apple 15 Bionic dan Snapdragon 895 dari segi prestasi grafik.


(Sumber)