Close

Ericsson akan membangunkan infrastruktur 5G di Malaysia dan akan tersedia pada tahun 2021 di sekitar KL, Putrajaya dan Cyberjaya

Berita baik buat anda yang menantikan liputan rangkaian 5G di Malaysia, Digital Nasional Berhad (DNB) telah mengumumkan pemilihan syarikat Ericsson untuk membangunkan infrastruktur rangkaian 5G di Malaysia dengan kos sekitar RM11 billion.
Apa yang menarik lagi, penduduk di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur dan Cyberjaya akan menikmati rangkaian 5G lebih awal, iaitu sekitar hujung tahun 2021. Seterusnya pada lima bandar utama di negeri Selangor, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak menjelang tahun 2022.
Sasaran pada tahun 2024 akan meliputi 80% sokongan rangkaian 5G di kawasan yang berpenduduk.

ARTIKEL BERKAITAN