Close

Gorilla Glass DX dan DX+ akan mula digunakan pada lensa kamera peranti premium

Corning baru-baru ini memperkenalkan kaca pelindung baru untuk lens yang dipanggil Gorillah Glass DX dan DX+. Secara teknikalnya, ia bukanlah teknologi yang baru kerana ia telah pun digunakan pada jam tangan pintar sejak 2018 lagi.

Corning mengatakan bahawa Gorilla Glass DX dan DX+ menawarkan pretasi optik yang lebih maju, rintangan calar lebih lasak dan juga ketahanan yang lebih unggul berbanding dengan optik kamera lens yang digunakan sekarang.

Dengan kejelasan optik yang turut dipertingkatkan ia mampu memberikan lebih banyak cahaya menembusinya lens dengan 98%. Selain itu, Gorilla Glass DX dan DX+ dikatakan mampu mengurangkan pantulan dan silau untuk memberikan kejelasan yang lebih baik pada hasil gambar.

Buat masa ini, Corning belum lagi mendedahkan peranti dari pengeluar mana yang akan menggunakan teknologi ini. Namun, Samsung dijangka akan menjadi yang pertama akan menggunakannya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN