Close

Huawei P50 dan P50 Pro hadir dengan dua pilihan cip tanpa sokongan 5G dan HarmonyOS



Huawei
hari ini memperkenalkan dua peranti dibawah siri P, iaitu Huawei P50 dan P50 Pro. Tiada model Pro + diperkenalkan pada kali ini. Kedua-dua model membawakan kemampuan kamera yang lebih baik dari model sebelumnya.

Secara asasnya kedua-dua model membawakan rekaan yang sama tetapi spesifikasi dalaman berbeza. Huawei P50 Pro hadir dengan skrin bersaiz 6.6 inci AMOLED QHD+ dengan paparan 120Hz. Seperti model sebelumnya, P50 Pro turut hadir dengan skrin melengkung bersama lubang kamera 13MP ditengah.

Dijana dengan cip Snapdragon 888 atau Kirin 9000 dan dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalam sehingga 512GB. Bateri bersaiz 4360mAh dan menyokong pengecasan pantas berwayar 66W dan tanpa wayar 50W.


Kamera masih lagi menggunakan kamera dari Leica. Dengan kamera utama 50MP 10-channel color sensors dengan aperture f/1.8 bersama OIS. Seterusnya, kamera hitam putih 40MP  aperture f / 1.6, 13MP kamera ultra sudut lebar aperture f / 2.2. Untuk pemfokusan ia dibantu dengan Laser autofokus. Bagi sistem zum, 50 Pro menyokong 100x zum digital dan 3.5X optikal zum.


Sementara Huawei P50 membawakan skrin bersaiz 6.5 inci AMOLED QHD+ bersama paparan 90Hz. Menggunakan skrin jenis rata dengan lubang kamera 13MP ditengah. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 888 4G yang digabungkan dengan RAM sehingga 8GB bersama storan dalaman sehingga 256GB. Bateri sebesar 4100mAh dengan pengecasan pantas berwayar 66W dan tanpa wayar 50W.

Kamera utama 50MP 10-channel color sensors dengan aperture f/1.8 bersama OIS, 12MP telefoto aperture f/3.4 dan 13MP ultra sudut lebar dengan aperture f/2.2 dibantu dengan pemfokusan Laser autofokus. Sistem zum pada Huawei P50 adalah 5X bagi zum optikal dan 50X untuk zum digital.


Selain dari rekaan yang sama, kedua-dua model turut hadir dengan pembesar suara stereo, kemampuan kalis air dan debu IP68. Menjalankan sistem operasi HarmonyOS 2. Perkara yang harus diberi tumpuan mengenai siri Huawei P50 adalah kedua-dua peranti hadir tanpa sokongan 5G walapun cip yang digunakan menyokong teknologi 5G.

Bagi harga jualan, Huawei P50 akan dijual pada harga bermula dari RM2,988 (RMB4,488) bagi model 8GB+128GB sementara Huawei P50 Pro dijula pada harga bermula RM3,871 (RMB5,899) bagi model 8GB+128GB.


Huawei siri P50 dijangka akan tersedia di seluruh dunia, namun ketiadaan sokongan 5G sedikit sebanyak akan merencatkan penjualannya kelak. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN