Close

Huawei P50 Pro adalah peranti dengan kamera terbaik menurut DxOmark

Huawei P50 Pro baru sahaja diumumkan, dan seperti kebiasaan DxOmark akan menilai kemampuan kamera peranti dan akan memberikan markah berdasarkan kepada beberapa bahagian ujian yang dilakukan.

Berdasarkan ujian yang dilakukan oleh DxOMark pada Huawei P50 Pro, markah keseluruhan yang diperolehi adalah 144 sekaligus menduduki tempat pertama keseluruhan bagi kamera telefon pintar.

DxOmark mengatakan sensor utama 50MP dan monokrom 40MP pada P50 Pro memberikan pengalaman yang terbaik di dalam kelasnya dengan penghasilan warna yang tepat, julat dinamik yang luas serta perincian yang tinggi. Selain itu sistem zum dari periskop 64MP dapat mengekalkan perincian yang tinggi dan julat dinamik yang luas.

Ujian yang dilakukan terbahagi kepada tiga iaitu Foto, Video dan juga Zum. Bagi markah foto P50 Pro memperolehi  markah 149, Video 116 dan Zum 107. Markah tersebut digabungkan untuk mendapatkan markah keseluruhan iaitu 144.

Dengan memperolehi markah 144, P50 Pro berjaya memintas Mi 11 Ultra yang berada dikedudukan kedua dengan markah keseluruha 143.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN