Close

Imej awal realme MagDart tertiris, hadir dalam dua varian

Gambar: gizmochina.

realme MagDart merupakan alternatif kepada MagSafe yang dibangunkan oleh Apple yang digunakan pada model siri iPhone 12. 

Sebelum ini telah tertiris dokumen mengenai MagDart yang dikesan di pengajuan EUIPO (Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah) yang merupakan alternatif kepada MagSafe.

Melalui maklumat baru yang diperolehi, MagDart bakal ditawarkan dalam dua varian seperti mana imej awal yang tertiris memperlihatkan reka bentuk MagDart.

Gambar: gizmochina.

Imej pertama MagDart memperlihatkan reka bentuk yang sama seperti MagSafe yang mungkin akan menawarkan kelajuan pengecasan yang konservatif. Sementara imej MagDart yang kedua mempunyai reka bentuk yang lebih besar dan sepertinya mempunyai sistem penyejuk dibawah sambungan USB-C.

Ini membawa maksud yang ia mungkin akan menyokong pengecasan pantas tanpa wayar yang lebih pantas. Namun tiada maklumat mengenai kelajuannya.

Kita bakal melihat lebih banyak maklumat mengenainya MagDart dan peranti realme apakah yang akan menyokong MagDart. Ia sesuatu yang menarik untuk dinantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN