Close

Imej tablet pertama dari realme tertiris

realme nampaknya bakal menambah satu lagi produk dibawah barisan produk mereka. yang mana realme dijangka akan melancarkan tablet pertama mereka dengan menggunakan nama realme pad.

Maklumat awal mengenai realme pad telah didedahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif realme India iaitu Madhav Sheth mendedahkan bahawa syarikat itu akan melancarkan tablet pertama di samping komputer riba pertamanya, realme Book.

Imej yang berjaya dirakam itu menunjukkan pengguna sedang memegang realme Pad di tangan. Walaupun logo realme telah ditutup dengan pelekat IndiaToday, merujuk dari maklumat awal yang tertiris realme Pad akan hadir dengan rekaan unibody yang nipis dengan satu kamera belakang.

Walaupun Imej yang berjaya dirakam itu tidak begitu jelas kerana dirakam dari jarak yang jauh. Namun  ia masih dapat memberikan beberapa maklumat seperti saiz dan juga tetapan kamera.

realme belum mengesahkan tarikh pelancaran untuk tablet pertama mereka, ia dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi. Lebih banyak maklumat akan diperolehi mengenai realme pad menjelang hari pelancarannya kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN