Close

Ini mungkin senarai peranti Xiaomi yang akan menerima kemas kini Android 12


Google
telah pun mengumumkan Android 12 baru -baru ini, walaupun ketika ini Android 12 masih lagi dalam fasa pembangunan, namun versi stabil dijangka hadir sekitar Ogos kelak.

Walaupun Xiaomi belum lagi mengeluarkan senarai peranti secara rasmi, namun akaun Twitter Xiaomiui telah berkongsi kemungkinan barisan peranti Xiaomi yang akan menyokong Android 12 termasuklah Redmi, Poco dan juga BlackShark. Yang mana senarai itu dibuat berdasarkan sumber dalaman Xiaomi dan juga pembangun MIUI.

Senarai itu juga menjelaskan kesemua siri Mi akan menerima kemas kini Android 12 pada tahun 2020 dan 2021.

Sementara bagi pengguna Xiaomi Mi 9, Mi CC9, Mi Note 10, Redmi K20, Redmi Note 8 dan Redmi 9 mungkin tidak akan menerima kemas kini Android 12. 

Satu lagi senarai yang masih menjadi tanda tanya mengenai kemas kini Android 12 adalah Xiaomi Mi Note 10 Lite, Redmi 10X 4G, Redmi Note 9 (Global), Redmi Note 9 4G (china) dan Redmi Note 9T, dan Redmi 9 Power.

 Walaupun Xiaomi bukanlah yang terpantas dalam memberikan kemas kini Android utama, namun ia menjadi sedikit mudah apabila mengetahui senarai peranti yang akan menyokong Android 12.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN