Close

iPhone 13 mungkin akan hadir dengan pengecasan pantas 25W

Pengecasan pantas pada barisan iPhone 12 hanya menyokong sehingga 20W dengan palam pengecas tidak tersedia di dalam kotak. Yang mana palam pengecas 20W dijual pada harga RM99 di Apple Store.

Menurut khabar angin terbaru, siri iPhone 13 dijangka akan hadir dengan pengecasan pantas 25W. Laporan yang diperolehi dari MyDrivers, Apple dikatakan akan meningkatkan kelajuan pengecasan kepada 25W yang merujuk kepada maklumat dari pembekal palam pengecas untuk Apple.

Walaupun ia bukanlah satu peningkatan drastik, tetapi ia adalah satu khabar berita yang baik buat pengguna Apple. Dengan adanya pengecasan baru ini, ia membawa maksud pengguna iPhone generasi seterusnya perlu membeli pengecas berasingan jika ingin menggunakan pengecasan pantas 25W.

Apple iPhone 13 dijangka akan diumumkan sekitar bulan September, yang mana siri iPhone 13 akan membawakan beberapa peningkatan dari segi skrin, bateri, kamera dan banyak lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN