Close

iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max mungkin hadir dengan storan sehingga 1TB

Ura-ura mengenai iPhone 13 dan 13 Pro Max bakal hadir dengan storan dalaman sehingga 1TB kini hangat diperkatakan semula. Sebelum ini TrendForce menyatakan yang Apple tidak akan menawarkan storan dalaman sehingga 1TB pada iPhone 2021.

Penganalisis Wedbush mengulangi kenyataanya yang sebelum ini, bahawa iPhone 13 Pro dan Pro Max akan tersedia dengan storan dalaman sehingga 1TB walaupun ia bertengtangan apa yang dilaporkan oleh TrendForce.

Buat pertama kali laporan mengenai iPhone 13 akan hadir dengan stroran dalaman sehingga 1TB adalah pada bulan Februari. 

Berdasarkan dari maklumat yang diperolehi Wedbush dari pembekal, siri iPhone 13 akan hadir dengan pilihan storan dalaman sehingga 1TB buat pertama kalinya. Apple buat masa ini hanya menawarkan storan dalaman 1TB hanya pada iPad Pro sahaja.

 Apple dijangka akan mengumumkan generasi baru iPhone pada September ini, yang mana pada kali ini Apple telah merancang dengan lebih teliti untuk mengelakkan kejadian sama berulang pada pelancaran siri iPhone 12.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN