Close

Kerangka pelindung siri iPhone 13 tidak sepadan dengan siri iPhone 12

Gambar : MKBHD.

Desas-desus mengenai generasi Apple yang seterusnya semakin hangat diperkatakan, sebelum ini telah ada beberapa maklumat awal tersebar mengenai siri iPhone 13 seperti spesifikasi, storan dalaman yang ditawarkan dan juga warna baru yang akan dibawakan.

Melalui dummy  iPhone 13 yang dikongsi oleh  Marques Brownlee (MKBHD) dalam warna putih itu memperlihatkan keempat-empat model iPhone 13 dengan lebih jelas. 
Dari dummy yang tertiris, memperlihatkan perbezaan saiz diantara iPhone 13 dan iPhone 13 Pro tidaklah terlalu besar , mempunyai ukuran yang sama tetapi saiz skrin yang berbeza.


Kerangka pelindung pada siri iPhone 13 turut dikatakan tidak sepadan dengan model iPhone 12, dari segi kedudukan kamera dan juga butang yang dilihat tidak sepadan sama sekali.
Gambar : Benks

Selain dari MKBHD, pembuat aksesori dari China iaitu Benks turut berkongsi imej dummy yang digunakan untuk membuat pelindung siri iPhone 13.

Siri iPhone 13 akan dihasilkan oleh Foxconn dan juga Pegatron, dengan pengeluaran besar-besaran dijangka akan bermula pada sekitar Julai atau Ogos berikutan pelancaran siri iPhone 13 dijangka pada September ini.

ARTIKEL BERKAITAN