Close

Lagi kes telefon YES yang meletup – Dipercayai berpunca dari bateri

Hari ini, telah berlakunya satu lagi kes berkenaan telefon meletup yang melibatkan jenama YES. Setakat ini, telah ada tiga kes yang sama berlaku melibatkan telefon jenama YES.
Melalui maklumat yang diperolehi,bateri telefon YES tersebut dikatakan meletup secara tiba-tiba namun tidak melibatkan sebarang kecederaan. Menurut mangsa lagi, peranti tersebut baru sahaja digunakan dalam tempoh masa dua bulan.

Seperti yang kita tahu, telefon YES adalah salah satu inisiatif kerajaan dibawah jaringan prihatin dalam membantu pelajar dalam menghadapi norma baru pandemik COVID 19 dengan pembelajaran dari rumah (PdPR).
Buat masa ini Syarikat telekomunikasi YTL Communication (YTLC) belum lagi memberikan maklum balas mengenai insiden ini.

ARTIKEL BERKAITAN