Close

MediaTek dijangka akan menghasilkan cip 4nm bermula hujung tahun ini

Cip dari MediaTek kini semakin menjadi pilihan oleh beberapa pengeluar, tidak seperti dua tahun yang lalu MediaTek bergelut untuk terus kekal relevan sebagai salah satu pengeluar cip dan bersaing dengan Qualcomm.


Pertumbuhan yang ekspresif dengan pengeluaran cip Dimensity, telah membawa MediaTek kearah yang lebih kompetitif. Oleh demikian, MediaTek mengumumkan yang mereka bakal membawakan cip premium 5G dengan binaan 4nm menjelang hujung tahun ini.

Cip tersebut akan dibina berdasarkan teknologi 4nm oleh TSMC, dan menjadikan pasaran China adalah sasaran utama untuk cip ini.Seperti dijangka, cip ini mungkin akan digunakan pada peranti premium sahaja.

Dengan pengenalan cip 4nm, MediaTek dijangka akan menjadi pilihan pertama bagi pengeluar telefon pintar tertentu. Memandangkan Apple dan Samsung masih lagi menggunakan cip 5nm pada peranti mereka. Cip dengan 4nm dari MediaTek dijangka akan membuat kemunculan pada suku pertama 2022.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN