Close

MediaTek umumkan Helio G96 dan G88 – Menyokong paparan 120Hz dan kamera sehingga 108MP


MediaTek nampaknya memperbaharui barisan cip siri Helio mereka dengan memperkenalkan dua barisan baru iaitu MediaTek Helio G96 dan Helio G88. Helio G96 menggantikan G95 sementara G88 pula menggantikan G85.

Kedua-dua cip siri Helio tersebut tidak membawakan peningkatan yang drastik pada CPU atau GPU, tetapi terdapat beberapa peningkatan dari segi paparan, sambungan dan juga kemampuan kamera.

Pada MediaTek Helio G96 ia membawakan peningkatan dari segi paparan yang kini menyokong sehingga 120Hz pada resolusi 1080P +, di bahagian kamera pula ia kini menawarkan sensor sehingga 108MP. Untuk sambungan, Helio G96 membawakan sokongan LTE yang lebih pantas menggunakan CAT13, Bluetooth 5.2 serta sokongan UFS 2.2.

                                         

Bagi MediaTek Helio G88 pula ia tidak membawakan banyak peningkatan, masih menggunakan CPU dan GPU yang sama namun menyokong paparan 90Hz pada resolusi 1080P+. Di bahagian kamera ia kini menyokong sensor 64MP. Untuk spesifikasi lain seperti sambungan, RAM dan jenis storan ia menggunakan spesifikasi sama seperti Helio G85.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN