Close

Nothing bakal umumkan TWS pertamanya pada 27 Julai ini

Carl Pei, bekas pengasas bersama OnePlus dan juga orang pengasas kepada Nothing, bakal mengumumkan fon telinga tanpa wayar  iaitu Nothing ear (1) pada 27 Julai. Pengesahan tarikh itu dibuat melalui iklan mengenai produk tersebut.

Mengikut perancangan awal, sepatutnya TWS pertama Nothing dilancarkan pada Jun ini namun Carl Pei mengeluarkan kenyataan melalui Twitternya mengatakan “terdapat beberapa perkara yang harus diselesaikan”. sebelum ia boleh dilancarkan.

Beberapa butiran awal mengenai TWS pertama Nothing telah pun diketahui seperti ia dihasilkan dengan kerjasama Teenage Engineering,  menggunakan “stripped-down aesthetic” yang akan menampilkan bahan lutsinar pada TWS Nothing ear 1.

Ia sesuatu yang menarik untuk melihat apakah yang bakal ditawarkan oleh Nothing pada TWS mereka. Dan adakah Carl Pei akan mengulangi kejayaanya seperti mana ketika dia berada di OnePlus dahulu.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN