Close

Nothing ear (1) hadir dengan rekaan lut sinar dan harga jualan sekitar RM420

 


Nothing
akhirnya mengumumkan fon telinga tanpa wayar pertama mereka iaitu ear (1), selepas beberapa bulan kita diperlihatkan dengan konsep awal Nothing ear (1) kini ia secara rasmi dilancarkan.

Seperti mana konsepnya, fon telinga tanpa wayar dari Nothing ini mempunyai keunikkan sendiri, yang mana fon telinga dan juga bekas simpanannya hadir dengan rekaan lut sinar.


Dengan rekaan lut sinar yang digunakan, ia membolehkan pengguna melihat bahagian dalaman bekas simpanan dan juga bahagian dalaman ear (1). Walaupun begitu, tidak kesemua bahagian dalaman komponen dapat dilihat.

Dari segi spesifikasi, ear (1) membawakan pemacu dinamik 11.6mm yang menawarkan audio yang lebih jelas dengan bass yang lantang dan penarafan IPX4. Turut menyokong Bluetooth 5.2 dengan format codec SBC dan AAC. Seperti fon telinga tanpa wayar yang lain, ia juga boleh dikawal menggunakan gesture.

Pada fungsi ANC, ia mempunyai dua tahap pembatalan bunyi iaitu persekitaran yang terlalu bising atau persekitaran yang lebih senyap. Pengguna juga boleh menggunakan mod tranparency atau mematikan ANC untuk menikmati penggunaan yang lebih lama.

Untuk jangka hayat bateri, jika menggunakan ANC ia mampu bertahan sehingga 4 jam namun apabila fungsi ANC dimatikan ia mampu bertahan sehingga 5.7 jam. Bekas simpanan boleh dicas dengan menggunakan port USB-C atau tanpa wayar yang menyokong teknologi Qi.


Nothing ear (1) dijual pada harga $99 (RM420) dan akan tersedia di 45 negara. ear (1) akan mula ditawarkan dalam jumlah terhad mulai 31 Julai di laman web Nothing dan akan dijual lebih meluas pada 17 Ogos.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN