Close

OnePlus 9T dan 9T Pro mungkin tidak akan dilancarkan pada tahun ini

Seperti kebiasaan, OnePlus akan melancarkan dua peranti dalam setahun bagi segmen peranti premium mereka. Yang mana akan ada dua acara pelancaran iaitu pada awal tahun dan sekitar Oktober.
Namun, menurut laporan terbaru, tidak akan ada OnePlus 9T dan OnePlus 9T Pro pada tahun ini tidak seperti tahun yang sebelumnya. Dan OnePlus akan hanya menjual OnePlus 9 dan 9 Pro serta peranti kelas pertengahan iaitu OnePlus Nord.
Jika laporan ini benar berlaku, ia mungkin berkaitan dengan kekurangan cip global yang sedang berlaku atau kekurangan peningkatan nyata yang mungkin dilakukan oleh OnePlus pada siri “T”, namun buat masa ini tiada maklumat yang tepat mengenainya.
Walaupun begitu, laporan ini masih belum disahkan oleh OnePlus sendiri. OnePlus siri “T” mula membuat kemunculan pada November 2016 pada OnePlus 3T yang menfokuskan pada peningkatan spesifikasi. Jika laporan ini benar ia bermaksud OnePlus 8T adalah siri yang terakhir dalam barisan “T”.

ARTIKEL BERKAITAN