Close

OnePlus adalah peranti terlaris di Amerika Syarikat bagi separuh tahun 2021

Seperti yang kita tahu OnepPlus telah pun menukar strategi pasaran mereka bermula pada tahun lalu. Dengan melancar siri Nord yang akhirnya berjaya berkembang dengan lebih agresif  untuk pasaran baru di Eropah dan India.

OnePlus mendedahkan pertumbuhan penghantaran sebanyak 257% di seluruh dunia termasuk China, India, Eropah dan Amerika Syarikat bagi separuh tahun pertama tahun ini jika dibandingkan dengan jangka yang sama untuk tahun lalu.

Siri Nord dikaitkan dengan peningkatan penghantaran, OnePlus mendakwa yang mereka telah menjual lebih dari 1 Juta peranti Nord sejak Januari. Amerika Syarikat menjadi negara utama dengan 428% pada separuh tahun 2021.

Di Eropah, peningkatan penghantaran peranti OnePlus meningkat sebanyak 301%. Menurut data dari Counterpoint Research, OnePlus mengambil 48% bahagian dari pasaran segmen telefon pintar premium di India yang menjadikan OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro peranti terlaris. Sementara di China, OnePlus hanya menjual siri 9 dengan penghantar meningkat sebanyak 124% pada separuh tahun ini.

Ini adalah berita baik untuk OnePlus, walaupun Amerika Syarikat merupakan pasaran yang sukar untuk ditembusi. Ia adalah sesuati yang menarik untuk melihat adakah OnePlus dapat mengekalkan momentum ini sehingga hujung tahun ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN