Close

OnePlus Nord 2 5G dilancarkan – MediaTek 1200 AI, kamera 50 MP, pengecasan pantas 65W dengan harga bermula RM1,588


OnePlus hari ini mengumumkan barisan baru siri Nord, iaitu OnePlus Nord 2 5G. Merupakan peranti pertama dari OnePlus yang hadir dengan cip dari MediaTek.

OnePlus Nord 2 5G hadir dengan skrin rata bersaiz 6.43 inci Fluid AMOLED FHD+ dengan paparan 90Hz, turut menyokong kandungan HDR10+ untuk memberikan pengalaman yang berbeza sewaktu menonton kandungan yang menyokong HDR10+. 

Unutk spesikifkasi dalaman, OnePlus Nord 2 5G dijana oleh MediaTek 1200 AI yang menawarkan pengalaman yang sama seperti cip premium lain, digabungkan dengan pilihan RAM sehingga 12GB dan storan dalam sehingga 256GB UFS 3.1. 


Bagi fotografi, OnePlus Nord 2 5G membawakan tetapan tri-kamera dengan kamera utama 50MP menggunakan sensor dari Sony iaitu IMX766 dengan sokongan OIS. Ia merupakan sensor yang sama yang digunakan pada OnePlus 9. OnePlus turut menjanjikan kualiti yang sama pada setiap gambar.

Dengan penjenaman AI pada MediaTek 1200, ia bakal membawakan peningkatan dari segi Video dan juga Gambar untuk meningkatkan kecerahan, warna, serta mempelajari pemandangan yang berbeza dan menyesuaikan mengikut kepada parameter yang sesuai.

Melengkapi kamera belakang adalah 8MP untuk kamera sudut lebar dan 2MP untuk kamera Mono. Tidak ketinggalan kamera swafoto 32MP. Bagi kapasiti bateri ia hadir dengan 4500mAh dengan sokongan pengecasan 65W Warp Charge.


Spesifikasi lain yang ada pada OnePlus Nord 2 5G seperti sokongan pembesar suara stereo, Wi-Fi 6, Pelindung skrin Gorilla Glass 5 depan dan belakang dan lain-lain. OnePlus Nord 2 hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Greay sierra, Blue Haze dan Green Woods. Harga jualan di India bermula Rs.27,999 (RM1,588) sementara untuk pasaran Eropah pula adalah €399 (RM1,986).

ARTIKEL BERKAITAN