Close

OnePlus Pad mungkin tablet pertama dari OnePlus

 

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, OnePlus telah mengembangkan portfolio mereka dengan mula menawarkan pelbagai jenis produk pintar seperti telefon, TV, TWS dan yang terbaru adalah jam tangan pintar.

Dan sekarang OnePlus bakal menawarkan satu lagi produk dibawahnya iaitu Tablet. Walaupun buat masa ini OnePlus belum lagi mengumumkan sebarang maklumat mengenai Tablet mereka, namun OnePlus telah memulakan langkah pertama dengan mendaftarkan tanda dagang “OnePlus Pad”.

Dengan pendaftaran tanda dagang itu, ia memberikan gambaran yang OnePlus sudah bersedia untuk melancarkan tablet mereka. Malangnya tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi didedahkan pada senarai tanda dagang.

Penyenaraian tanda dagang itu dikesan selepas beberapa minggu OnePlus mengesahkan bahawa mereka telah bergabung dengan OPPO. Langkah itu diambil bagi membantu meningkatkan penyelenggaraan perisian untuk peranti utama.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN