Pengecasan pantas 200W bakal menjadi realiti tidak lama lagi - FUZZ.MY

Monday, July 5, 2021

Pengecasan pantas 200W bakal menjadi realiti tidak lama lagi


Xiaomi sebelum ini pernah memperlihatkan teknologi pengecasan pantas Xiaomi HyperCharge 200W pada Mi 11 Pro pada bulan Mei yang lalu. Yang hanya memerlukan 8 minit pengecasan penuh dari 0% ke 100% untuk kapasiti bateri 4000mAh.


Disebalik teknologi pengecasan pantas 200W yang diperkenalkan, NuVolta Technologies juga adalah salah satu syarikat yang bertanggungjawab dalam penghasilannya dari segi reka bentuk pengisian dan juga ruang silikon.


Berdasarkan dari laporan terbaru, NuVolta Tehcnologies dikatakan telah pun melancarkan generasi kedua cip pengecasan pantas dengan kemampuan yang sama seperti Xiaomi HyperCharge. 


NuVolta NU2205 merupakan cip pengecasan pantas tunggal dengan output kuasa tertinggi. Mampu mencapai sehingga 100W dan satu-satunya cip pengecasan pantas yang menyokong seni bina dwi sel 4:2 dengan jumlah kumotatifnya adalah 200W pada bateri bersegmen.


Cip NU2205 dari NuVolta Technologies dikatakan akan ditawarkan dan akan dijual secara meluas kepada pengeluar lain. Ia menggambarkan yang tidak lama lagi pengecasan pantas 200W akan mula hadir pada peranti premium, sudah pasti ia sesuatu yang menarik untuk dilihat apabila ia sudah tersedia di pasaran kelak.


(Sumber)