Menurut Bloomberg, Apple dikatakan akan meningkatkan pengeluaran iPhone untuk model 2021. Berdasarkan dari perincian daripada pembekal yang bersedia untuk meningkatkan pengeluaran sebanyak 20% lebih banyak berbanding model terdahulu.
Walaupun ketika ini diambang dengan masalah kekurangan cip, tetapi TSMC yang merupakan rakan kongsi Apple dikatakan telah pun memulakan pesanan Apple lebih awal dari sebelumnya.
Siri iPhone 13 dijangkakan akan memulakan produksi lebih awal bagi mengelakkan perkara sama berulang seperti pada siri iPhone 12 yang dilancarkan lewat dari kebiasaan.