Peranti OnePlus kini menyokong kemas kini sehingga empat tahun - FUZZ.MY

Monday, July 5, 2021

Peranti OnePlus kini menyokong kemas kini sehingga empat tahun


OnePlus mengesahkan yang syarikat tersebut kini menyokong kemas kini sehingga empat tahun. Bermula dari peranti premium siri OnePlus 8 termasuklah model T siri dan juga R siri.


Bagi siri OnePlus 8, ia akan menyokong tiga kemas kini Android utama dan empat tahun kemas kini keselamatan ini termasuklah siri T dan siri R.


Sementara peranti terkini seperti OnePlus Nord dan Nord CE akan mendapat dua kemas kini Android utama dan kemas kini keselamatan selama tiga tahun. Bagi siri Nord N ia akan menerima satu kemas kini Android utama dan tiga tahun kemas kini keselamatan.


Bagi peranti yang dilancarkan sebelum siri OnePlus 8, ia akan mengikuti dasar kemas kini yang terdahulu iaitu dua kemas kini Android utama dan kemas kini keselamatan selama tiga tahun.


Tiga kemas kini Android utama dan empat tahun kemas kini keselamatan :

OnePlus 9 Pro

OnePlus 9R

OnePlus 9

OnePlus 8T

OnePlus 8 Pro

OnePlus 8


Dua kemas kini Android utama dan tiga tahun kemas kini keselamatan :

OnePlus 7 Pro

OnePlus 7T Pro

OnePlus 7T

OnePlus 7

OnePlus Nord CE

OnePlus Nord


Satu kemas kini Android utama dan tiga tahun kemas kini keselamatan :

OnePlus N200 5G

OnePlus N100

OnePlus N10 5G


Kemas kini Android 12 pada OnePlus akan mula menggunakan gabungan kod pangkalan data Oxygen OS dan Color OS seperti mana yang diwar-warkan sebelum ini yang mana OnePlus menggabungkan dua kod pangakalan data bagi dua Sistem Operasi Oppo dan OnePlus


(Sumber)