Close

PlayStation 5 merupakan konsol terlaris yang pernah dihasilkan oleh Sony dengan jualan melebihi 10 Juta unit


Sony Interactive Entertainment telah memuat naik artikel di blognya yang memperlihatkan kejayaan besar dengan berjaya menjual 10 juta konsol PlayStation 5 di seluruh dunia sejak ia dilancarkan pada bulan November tahun lalu dan telah menjadi konsol paling laris dalam sejarah Sony.

Pengumuman itu dibuat oleh Veronica Rodgers, Senior VP Global Sales and Business Operations. Inovasi luar biasa yang dibawa oleh PS5 seperti penggunaan SSD, audio 3D serta pengenalan generasi DualSense menjadi salah satu punca penjualan PS5 melonjak naik. 

Sejujurnya, Sony sepatutnya boleh mencapai penjualan 10 juta unit lebih awal, namun berikutan permasalahan bekalan berlaku sedikit sebanyak merencatkan penjualan PS5.

Peningkatan permintaan PS5 dijangkan akan lebih meningkat berikutan pelancaran permainan eksklusfi seperti God of War, Gran Turismo 7, Horizon Forbidden West. Dan beberapa lagi permainan yang akan dinantikan seperti Far Cry 6 dan Battlefield 2042. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN