Close

POCO F3 GT diumumkan, hadir dengan MediaTek 1200, pengecasan pantas 67W dan butang trigger Maglev

    


POCO
baru sahaja mengumumkan peranti baru mereka iaitu POCO F3 GT di India. Jika diperhalusi, rekaan dan juga spesifikasi POCO F3 GT adalah sama seperti Redmi K40 Game Enhanced Edition yang telah dilancarkan pada bulan April yang lalu.

POCO F3 GT hadir dengan skrin bersaiz 6.67 inci Turbo AMOLED FHD+ dengan paparan 120Hz, turut menyokong kandungan HDR10+ dan touch sampling sehingga 480Hz. Skrin F3 GT juga menawarkan warna 10 Bit dengan 1.07 Billion warna dan 100% DCI-P3 wide color gamut.

Di lihat dari spesifikasi, POCO F3 GT dijana oleh MediaTek Dimensity 1200, dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1. Bateri 5065 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W yang tersedia di dalam kotak. Bagi membantu mengawal kepanasan, F3 GT dimuatkan dengan white graphene heat sink dan terdapatnya butang trigger fizikal Maglev Pop-up yang terletak disebelah sisi kanan.

Pada bahagian kamera POCO F3 GT menggunakan tetapan tri-kamera dengan kamera utama 64MP di samping 8MP  sudut lebar dan 2MP makro. Untuk kamera swafoto pula ia hadir dengan 16MP. Terdapat juga lampu RGB di sekelilinga kamera belakang dan LED Flash yang berbentuk petir.

Bagi spesifikasi lain yang dibawakan oleh POCO F3 GT adalah seperti pembesar suara stereo, pelindung Gorilla Glass 5, triple microphone, pelindung IP53 dan lain-lain. POCO F3 GT ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Predator Black dan Gunmetal Silver. Untuk pasaran India, POCO F3 GT dijual pada harga bermula INR26,999 (RM1,531) (6GB / 128GB), INR28,999 (RM1,645) (8GB / 128GB) dan INR30,999 (RM1,758) (8GB / 256GB). 


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN