Close

POCO X3 GT akan dilancarkan di Malaysia pada 28 Julai ini

 


POCO
nampaknya bakal membawakan satu lagi model dalam pasaran Malaysia. Berikutan pengumuman yang dibuat melalui akaun rasmi Facebook mereka. 

Model yang yang bakal hadir untuk pasaran Malaysia adalah POCO X3 GT yang merupakan penjenamaan semula bagi model Redmi Note 10 Pro 5G untuk pasaran China.

Melalui akaun rasmi Facebook POCO Malaysia, POCO mengumumkan yang model POCO F3 GT akan dilancarkan pada 28 Julai jam 8 malam waktu Malaysia. Acara pelancaran tersebut boleh ditonton melalui akaun rasmi Facebook POCO.

Melihat dari spesikifkasi POCO X3 GT membawakan cip Dimensity 1200 dari MediaTek, paparan 120Hz, tetapan tri-kamera 64MP+8MP+2MP, pengecasan pantas 67W dan bateri 5000mAh

Dari segi konfigurasi RAM dan juga storan dalam ia mungkin hadir dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalam sehingga 256GB, namun tidak dapat dipastikan varian mana yang akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

POCO X3 GT mungkin akan menjadi peranti POCO pertama yang akan menjalankan antraramuka MIUI for POCO berasakan MIUI 12.5 Android 11. Bagi harga jualan, di China Redmi Note 10 Pro 5G dijual pada harga sekitar RM970.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN