Close

realme dilaporkan sedang membangukan alternatif MagSafe sendiri yang dinamakan MagDart

Syarikat pengeluar fon dari China iaitu realme dikatakan sedang membangunkan alternatif MagSafe mereka sendiri yang dinamakan MagDart.

Pengajuan EUIPO (Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah) baru-baru ini mendedahkan bahawa realme dikatakan sedang membangunkan alternatif untuk MagSafe. Yang mana dokumen tersebut difailkan oleh ketua syarikat realme.

Dokumen tersebut itu juga mendedahkan yang MagDart akan hadir dengan pad pengecasan tanpa wayar untuk telefon pintar seperti mana pada MagSafe.

Sebagai tambahan, kami menjangkakan anak syarikat dibawah BBK Electronic akan turut mengeluarkan produk yang berasakan MagSafe tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN