Close

Redmi Note 10 Pro terima kemaskini menambah RAM sehingga 10GB melalui Virtual RAM

RAM atau nama panjangnya Random Access Memory merupakan tempat penyimpanan data secara sementara. Dengan kapasiti RAM yang lebih besar ia menjadikan peranti menjadi lebih cepat dan pantas.

Bagi meningkatkan keupayaan multi-tasking beberapa pengeluar telah memperkenalkan Virtual RAM bagi menambah kapasiti RAM sedia ada.

Vivo merupakan pengeluar terawal yang menggunakan Virtual RAM pada siri Vivo V21, seterusnya Xiaomi turut memperkenalkan fungsi yang sama pada model Redmi Note 10 Pro 5G melalui kemas kini terbaru yang diberi.

Apabila fungsi ini diaktfikan, sistem secara automatikanya akan memperuntukkan 2GB memori dalaman kepada RAM dan ia bergantung kepada varian RAM yang anda gunakan seperti 6GB RAM akan menjadi 8GB RAM dan 8GB RAM akan menjadi 10GB RAM.

Walaubagaimanapun, kemas kini yang mempunyai fungsi Virtual RAM buat masa ini hanya tersedia untuk peranti di China sahaja. Dijangka akan hadir untuk peranti Global tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN