Close

Samsung Exynos 2200 dikatakan mampu menewaskan Snapdragon 895

Perlumbaan dalam penghasilan cip telefon pintar bukanlah satu perkara yang baru. Pengeluar seperti Qualcomm, Apple, Samsung, Huawei dan MediaTek telah lama bersaing sesama sendiri untuk menjadi yang terunggul.

Menurut @TheGalox di Twitternya, cip Exynos 2200 yang dibangunkan oleh Samsung dikatakan mampu menjadi cip paling berkuasa yang pernah dihasilkan dari segi pretasi, computational dan grafik berbanding cip pesaing mereka iaitu Qualcomm.

Cip Samsung Exynoss 2200 baru-baru ini dikesan muncul dalam ujian Wild Life 3DMark dengan skor sekitar 8134 mata. Skor tersebut dikatakan telah melangkaui skor Snapdragon 888 bahkan mungkin juga akan menewaskan cip unggul Qualcomm 2022 iaitu Snapdragon 895.

Selain itu, Exynos 2200 juga dikatakan lebih baik dalam tugas intensif GPU berbanding A15 Bionic dari Apple, Walau bagaimanapun raja SoC pada ketika ini masih lagi dipegang oleh cip dari Apple.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN