Close

Samsung Galaxy S22 dengan kamera Olympus 200MP dijangka hadir pada Januari 2022

Gambar: LETSGODIGITAL.

Peranti premium Samsung seterusnya adalah siri Galaxy S22, dan dikhabarkan akan dilancarkan sekitar Januari 2022.

Menurut dari spekulasi terbaru, Samsung Galaxy S22 dikatakan akan hadir dengan kamera 200MP dengan kerjasama Olympus. Dan siri Galaxy S22 dijangka akan dilengkapi dengan lima kamera belakang.

Siri Galaxy S22 akan menggunakan Exynos 2200 yang menawarkan prestasi yang lebih baik berbanding Snapdragon 895. Cip Exynos 2200 turut dimuatkan dengan teknologi GPU AMD RDNA2.

 

Gambar: LETSGODIGITAL

Selain itu, seperti kebiasan siri Galaxy S22 akan ditawarkan dalam tiga varian iaitu Galaxy S22, S22+ dan juga S22 Ultra dengan saiz skrin 6.1 inci, 6.5 inci dan 6.8 inci.

Ini bukanlah kali pertama maklumat sebegini tersebar berkenaan siri Galaxys S22 akan dilancarkan pada Januari 2022. Skrip yang sama juga berlaku pada siri Galaxy S21 yang mana ia juga dilancarkan pada Januari 2021.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN