Close

Semua model iPhone 14 mungkin akan hadir dengan paparan ProMotion 120Hz

Apple akan mula menawarkan teknologi paparan ProMotion 120Hz pada semua model iPhone 2022. Selepas teknologi tersebut akan mula diperkenalkan untuk kali pertamanya pada akhir tahun ini.

Pada permulaan, Apple merancang untuk mengguanakan paparan 120Hz pada semua model iPhone 13 tahun ini. tetapi menurut laporan hanya iPhone 13 Pro dan Pro Max sahaja yang akan hadir dengan paparan 120Hz.

Menurut The Elee, Apple akan mula menggunakan paparan 120Hz  pada semua model iPhone 2022 apabila pembekal dapat memulakan pengeluaran dalam skala yang besar. Setakat ini hanya Samsung sahaja yang menghasilkan skrin LTPO sementara LG menghasilkan skrin LTPS. Kedua-duanya adalah pembekal utama skrin bagi Apple.

Pada iPhone 13 Pro dan Pro Max, Apple akan menggunakan skrin jenis LTPO yang dibangunkan oleh Samsung, yang dilaporkan telah memulakan pengeluaran pada bulan Mei. Sementara untuk model iPhone 13 lain akan menggunakan skrin jenis LTPS yang dihasilkan oleh LG.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN