Close

Siri Google Pixel 6 mungkin menyokong kemas kini sehingga 5 tahun

Seperti yang  dilaporkan sebelum ini yang Google akan melancarkan peranti premium mereka pada tahun ini. Google akan menawarkan dua varian iaitu Pixel 6 dan Pixel 6 Pro dan tidak lagi menggunakan nama “XL” seperti sebelum ini.

Khabar angin terbaru mengenai siri Pixel 6, walaupun belum diumumkan secara rasmi setakat yang diketahui siri Pixel 6 akan menjadi peranti Android pertama yang akan menyokong kemas kini sehingga lima tahun seperti pada iPhone.

Menurut Jon Prosser, Google dilaporkan komited untuk memberikan kemas kini sekurang-kurangnya lima tahun pada siri Pixel 6. Namun tidak dapat dipastikan adakah ia lima tahun kemas kini Android utama atau empat tahun Android utama dan satu tahun kemas kini keselamatan.

Dengan menggunakan cip pemprosesan sendiri, Google akan mempunyai kawalan penuh pada peranti sekaligus dapat memanfaatkannya. Seperti yang kita tahu Google akan menggunakan cip “Whitechapel” pada siri Pixel 6 yang merupakan cip pertama telefon pintar dari Google dengan kerjasama Samsung.

Siri Google Pixel 6 dijangka akan dilancarkan pada hujung tahun ini, membawakan rekaan baru dan berbeza dari Pixel sebelum ini. Spesifikasi lain adalah seperti skrin AMOLED, 8GB RAM, storan dalaman 128GB, 256GB atau 512GB, dua kamera belakang 50MP+12MP dengan bateri 5000mAh bagi 6 Pro dan 4614mAh untuk Pixel 6.

(Sumber) Gambar oleh Jon ProsserXRendersbyian.

ARTIKEL BERKAITAN