Close

Siri iPhone 12 terjual lebih dari 100 juta unit

Menurut Counterpoint Research, siri iPhone 12 kini telah terjual lebih dari 100 Juta unit dengan hanya mengambil masa selama 7 bulan selepas dilancarkan.

Siri iPhone 12 melepasi 100 juta jualan pada bulan April, sebagai perbandingan ia adalah dua bulan lebih awal daripada siri iPhone 11 yang dilancarkan pada tahun 2019 dan hampir sama dengan penjualan siri iPhone 6 pada tahun 2014 dan 2015 sewaktu peralihan rangkaian 4G.

Melalui analisis Counterpoint, menjelaskan faktor kejayaan penjualan siri iPhone 6 disebabkan oleh permintaan pengguna untuk peranti dengan skrin yang lebih besar sementara untuk siri iPhone 12, ia disebabkan oleh sambungan 5G dan juga paparan OLED.

Penyumbang utama penjualan siri iPhone 12 adalah Amerika Syarikat yang menyumbang sekitar 40 peratus daripada penjualan siri iPhone 12 global sehingga April. iPhone 12 Pro Max merupakan peranti terlaris di Amerika Syarikat  sejak Disember 2020.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN