Close

Siri iPhone 13 mungkin akan hadir dengan ciri ‘Reverse Wireless Charger’

Ciri reverse wireless charger bukan lah ciri baru pada telefon pintar kerana ciri ini telah pun hadir pada peranti Android. Dengan ciri ini, ia memboleh peranti digunakan untuk mengecas peranti lain dengan menggunakan ciri wireless charger.

Menurut laporan dari Max Weinbach, siri iPhone 13 akan menawarkan pengecasan tanpa wayar yang lebih pantas berbanding pada siri iPhone 12 serta mempunyai ciri reverse wireless charge.

Pada siri iPhone 13, Apple dikatakan akan menggunakan gegelung yang lebih besar yang dapat meningkatkan pengurusan haba yang lebih baik serta sokongan watt yang lebih tinggi

Dengan menggunakan gegelung yang lebih besar, siri iPhone 13 berkemungkinan akan turut hadir dengan sokongan reverse wireless charger.  Magnet pada MagSafe juga dikatakan akan lebih kuat berbanding pada siri iPhone 12.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN