Close

Siri Samsung Galaxy S22 bakal hadir dengan pengecasan pantas 65W


 Siri Samsung Galaxy S22
di jangka akan membuat kemunculan pada awal tahun 2022, seperti mana kebiasaan Samsung melancarkan peranti Premium mereka sebelum ini.

Melalui maklumat pakar tiris iaitu @FronTron yang dikongsi melalui Twitter, Siri Galaxy S22 akan menggunakan kod nama Rainbow RGB, dengan R digunakan pada model asas, G untuk Plus dan B untuk Ultra. Tron juga merupakan indiivdu dengan rekod prestasi yang baik dalam memberikan maklumat awal mengenai peranti yang bakal dilancarkan.

Selain dari menyatakan mengenai kod nama yang akan digunakan pada siri Galaxy S22, Tron juga ada menyebut mengenai pengecasan pantas berwayar 65W yang akan digunakan pada siri Galaxy S22.

Samsung juga dikatakan sedang menguji pengecasan pantas berwayar 65W yang baru dan lebih pantas, yang akan siap sepenuhnya untuk siri Galaxy S22 yang akan dilancarkan pada awal tahun 2022.

Jika maklumat yang dibocorkan ini adalah tepat, nampaknya Samsung kini selangkah ke depan. Yang mana peranti siri Galaxy sebelum ini hanya menyokong pengecasan pantas 25W sahaja.

Namun persoalannya adalah, adakah Samsung akan menyertakan pengecasan pantas 65W didalam kotak. Atau ia akan dijual secara berasingan. Sebelum ini, Siri Galaxy S21 dijual tanpa palam pengecasan dan fon telinga didalam kotak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN