Close

Tablet pertama realme mungkin hadir dengan sokongan stylus dan rekaan seakan iPad Pro

Gambar: OnLeaksX91Mobiles

Ura-ura mengenai tablet pertama dari realme iaitu realme pad semakin hangat diperkatakan. Sebelum ini telah tertiris imej awal realme pad yang berjaya dirakam tetapi imej tersebut tidak begitu jelas kerana dirakam dari jarak yang jauh.

Gambar: OnLeaksX91Mobiles

Melalui imej render terkini yang dikongsi oleh OnLeaks yang mendedahkan reka bentuk realme pad dengan lebih jelas. Imej render tersebut sedikit sebanyak memberikan gambaran awal mengenai realme pad dari semua aspek.

Gambar: OnLeaksX91Mobiles

Menurut NoteBookCheck pula, realme pad membawakan ciri yang berbeza dari tablet yang terdapat di pasaran, namun NoteBookCheck mengatakan yang realme pad secara keseluruhannya dilihat kurang memuaskan.

Gambar: OnLeaksX91Mobiles

Dari segi reka bentuk, realme pad membawakan rekaan yang sama seperti iPad Pro 2020, dengan menggunakan satu kamera hadapan dan satu kamera belakang yang terkeluar. Hadir dengan dua tona warna dan terdapatnya logo realme di sebelah kanan yang di tulis secara menegak.

Selain itu realme pad hadir dengan bingkai yang sedikit tebal, bahagian sisi kanan terdapatnya butang kuasa. Menggunakan sambungan Type-C dan beberapa pembesar suara, sementara butang kawalan suara di sebelah kiri berhampiran dengan modul kamera belakang dan terdapatnya juga slot kad MicroSD.

Untuk spesifikasinya, realme pad mungkin akan hadir dengan bateri sebesar 7100mAh, 6GB RAM dan storan dalaman 64GB. Harga jualan bagi realme pada adalah sekitar RM1,299 ($308).

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN