Close

WhatsApp bakal membolehkan pengguna menghantar video pada resolusi tinggi



WhatsApp
 merupakan aplikasi permesejan paling popular di seluruh dunia, namun ia masih mempunyai  beberapa fungsi yang terhad tidak seperti persaingnya iaitu Telegram.

Sebelum ini fungsi menghantar fail video akan di compress kecuali jika dihantar sebagai dokumen. Tetapi kemas kini akan datang, pengguna akan mempunyai pilihan untuk menghantar fail video pada resolusi yang tinggi. 

Seperti yang dilihat pada WABetaInfo, WhatsApp beta 2.21.14.6 pada Android akan mempunyai kebolehan untuk menukar kualiti ketika menghantar fail video. Terdapat tiga pilihan menghantar fail video iaitu , secara Auto, Best Quality dan Data Saver.

Fungsi ini adalah salah satu fungsi yang dinantikan oleh semua pengguna WhatsApp. Akan lebih banyak fungsi akan ditambah pada WhatsApp pada masa akan datang, sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN